Posts

Showing posts from December, 2018

Guna kunyit antara cara cantikkan kulit anda

Image
KUNYIT mempunyai ‘tugas’ lebih daripada peranannya hanya di dapur. Menerusi beberapa kajian, kunyit telah terbukti mempunyai bermacam-macam khasiat perubatan. Kandungan antiseptik yang terdapat pada kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan pada kulit. Tidak hairanlah jika krim-krim pengecut jerawat dihasilkan berasaskan kunyit. Secara tradisionalnya kunyit yang ditepekkan pada kulit wajah mampu mengecutkan jerawat.   Bagaimana hendak cantik dengan kunyit? 1.Anda tidak perlu bimbang terpaksa berbelanja besar untuk mencuba kaedah rawatan kunyit. Ia boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri. Kunyit hidup yang ditumbuk boleh digunakan dengan cara mencampurkannya dengan sedikit  air atau jus limau nipis. Sapukan pada wajah bagi membantu kulit lebih berseri selain mengurangkan masalah tompokan pigmen dan seterusnya meratakan warna kulit. 2. Jus kunyit juga boleh dibuat dengan hanya mengisar kunyit hidup dengan air masak. Tapis dan ...

Lapan tip agar kulit sentiasa lembap

Image
SEBAGAI seorang wanita yang menjaga kecantikan diri, kelembapan kulit wajah harus diberikan perhatian. Kulit wajah yang lembap adalah kunci kepada wajah yang lebih muda. Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah memiliki bahan pelembap yang tinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat. Bagaimana mengekalkan kelembapan kulit? Berikut dikongsikan beberapa tip bagi mendapatkan kulit yang lembap. TOPENG WAJAH Selain pelembap, topeng wajah juga boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Topeng wajah berfungsi untuk menyalurkan nutrisi kepada kulit sekali gus memberi kelembapan secara mendalam. Agar wajah kekal lembap, urut wajah dengan ketulan ais selepas memakai topeng wajah. RAJIN MEMBERSIH KULIT Membersihkan kulit wajah dengan sempurna dan teliti juga amat penting agar kelembapan kulit wajah sentiasa terjaga. Bersihkan wajah dengan pembersih wajah yang sesuai dengan kulit dan bilas dengan air suam agar pori-...

Kaedah menjaga kulit

Image
INI yang biasa anda dengar. Kedutan kulit dikatakan berlaku pada dermis (terletak di bawah epidermis) yang terdiri daripada kolagen. Kolagen yang mencukupi bertanggung-jawap menjadikan kulit elastik dan licin. Pembinaan kolagen berkadar songsang dengan peningkatan usia dan menyebabkan kedutan kulit semakin bertambah. Dari sudut ilmu dermatologi pula, penuaan kulit dikatakan berpunca daripada kekurangan dan ketidaksihatan kolagen, elastin (menjaga keelastikan dan keanjalan kulit) glycosaminoglycan (GAG, menghidrasi kulit). Berdasarkan ilmu tersebut penuaan kulit berpunca daripada pelbagai faktor yang melibatkan proses penuaan intrinsik (dalaman) dan extrinsik (luaran). Merosot Penuaan intrinsik merupakan proses penuaan semula jadi yang berlaku selama bertahun-tahun. Pada usia 20 an setiap orang mengalami kemerosotan daripada segi pembinaan kolagen iaitu kira-kira pada kadar satu peratus setiap tahun. Keadaan tersebut menyebabkan fungsi kelenjar-kelenjar peluh dan minyak semakin berkur...

HOW TO KNOW YOUR SKIN TYPE?

Image
How to know your skin type? 1. Cuci muka macam biasa. Basuh muka dengan your normal cleanser, lepas tu bilas. Nak pakai air biasa pun boleh. Make sure muka tu dah cuci. 2. Tunggu 2 jam. Jangan apply apa apa lepas cuci muka. Lagi elok, jangan lap lepas cuci muka. Biar je kulit tu kering sendiri and biar 2 jam. 3. Check keadaan kulit Lepas dah 2 jam, check balik kulit tu. Kalau rasa kulit berminyak, melekit, berkilat? -  Oily skin Rasa ketat, kering, merekah? -  Dry skin Berminyak dekat kawasan hidung, dahi and dahi je, tapi bahagian pipi rasa biasa/kering -  Combination skin Tak rasa apa apa, rasa biasa je -  Normal skin  (So lucky!) From my fav book: The Little Book of Skincare Tapi for me, kulit muka kita ni ada dua zone. 1. Zone yang banyak hasilkan minyak  - area hidung, dahi, dagu. Yang ni memang sentiasa rasa macam berminyak, tapi ada yang normal, ada yang terlebih lebih (oily skin). Sometimes I feel li...

Ratu cantik pengsan tatkala diumum pemenang

Image
Ratu cantik pengsan tatkala diumum pemenang Terlalu gembira dan terlalu gementar mungkin itulah yang menyebabkan ratu cantik dari Paraguay pengsan sebaik diumumkan sebagai pemenang pertandingan Miss Grand International 2018 baru-baru ini. Dalam majlis pengumuman yang penuh debaran, ratu Paraguay itu, Clara Sosa dikatakan menjawab dirinya terlalu gementar seperti diserang sakit jantung sebelum detik pengumuman kepada pengacara acara itu. “Saya rasa anda kena panggil doktor kerana saya hampir kena sakit jantung sekarang,” katanya. Walhal, para penonton di dalam majlis mahupun mereka yang menontonnya secara talian terkejut sebentar melihat wanita muda itu benar-benar rebah di atas pentas sebelum sempat menerima pelukan dari pesaingnya dari India, Meenakshi Chaudhary yang dinobatkan pemenang tempat kedua. Difahamkan tiada apa-apa yang buruk berlaku, malah Clara bankit semula dalam beberapa minit dan menyambung ‘catwalk’ sebagai Miss Grand International 2018 yang bahar...

Gadis Malaysia rangkul tempat kelima Ratu Cantik NZ

Image
PETALING JAYA:  Gadis kelahiran Malaysia, Nurul Zuriantie Shamsul mendapat tempat kelima dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe New Zealand 2018. Perkara itu diumumkan dalam halaman Facebook Miss Universe New Zealand, Sabtu malam waktu Malaysia. Bercakap kepada  mStar Online , Nurul, 20, berkata, beliau gembira apabila diumumkan sebagai salah seorang Top 5. “Alhamdullilah. Saya teramat gembira. Ia merupakan satu pengalaman luar biasa yang membantu menjadikan saya sebagai individu berketerampilan,” kata anak kelahiran Ampang, Selangor ini menerusi aplikasi  WhatsApp , Sabtu malam. Nurul yang berpindah ke New Zealand ketika berusia lima tahun ini kelihatan anggun berhijab warna emas dan menyarungkan busana berperincian rona yang sama. Nurul merupakan gadis Melayu berdarah campuran Indonesia berkata, antara saat terindah pada pertandingan itu adalah melihat kedua-dua ibu bapanya yang penuh rasa bangga melihat dirinya diumumkan sebagai lima fin...

7 Negara Yang Wanitanya Sangat Cantik, Malaysia Ada Dalam List Tak?

Image
7 Negara Yang Wanitanya Sangat Cantik, Malaysia Ada Dalam List Tak? Sapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat. Lagu ini memang popular dan menjadi siulan. Liriknya pun memang best. Sedap je telinga dengar.  Berdasarkan senarai wanita yang dikatakan sangat cantik, jom kita tengok ada tak gadis Melayu masuk dalam list ini? Gadis Brazil Ceria betul muka bila dapat tahu Brazil layak ke Piala Dunia 2018 Brazil sangat terkenal dengan alam keindahan semulajadinya yang sangat indah. Ia merupakan negara terbesar di Amerika Selatan dan merupakan negara kelima terbesar di dunia. Jumlah penduduknya seramai 190 juta penduduk. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Portugis yang tunggal di benua Amerika dan yang terbesar di dunia.  Wanitanya memang terkenal dengan kesedaran tentang sosialisasi dan menjaga tradisi. Gadis Brazil memang terkenal dengan kecantikannya. Paling terkenal di negara Brazil ialah Taina Muller, seorang VJ, aktres dan model. Pe...

Ratu cantik Malaysia masih punya potensi, ujar Miss Universe 2017

Image
Ratu cantik Malaysia masih punya potensi, ujar Miss Universe 2017 KUALA LUMPUR : Kegagalan mendapat tempat dalam pusingan separuh akhir seterusnya membawa pulang mahkota Miss Universe tidak bermakna Malaysia akan terus gagal. Itu semangat dan motivasi yang diberikan oleh Miss Universe 2017, Demi Leigh Nel-Peters. “Afrika Selatan menanti selama 39 tahun sebelum saya dapat membawa pulang mahkota Miss Universe yang kedua,” kata Demi semasa sesi temu bual ringkas bersama  Astro AWANI  pada Ahad. Kali pertama dan terakhir wakil Malaysia berjaya melepasi pusingan Top 15 adalah pada 1970 menerusi Josephine Lena Wong ketika penganjuran acara itu yang ke-19 di Miami, Amerika Syarikat. Sehingga kini, Malaysia masih menghantar wakil yang berpotensi dan mampu memberi saingan kepada peserta lain dari seluruh dunia namun gagal untuk merebut mahkota kejuaraan. “Tidak ada yang mustahil dalam dunia ini sekiranya anda bekerja keras, meletakkan dedikasi yang tinggi dan fokus kepad...

Miss Tourism International bakal perkenal sistem data bantu promosi peserta

Image
Miss Tourism International bakal perkenal sistem data bantu promosi peserta KUALA LUMPUR : Bagi memastikan bekas peserta menerima peluang sama rata dengan pemenang Miss Tourism International 2018, pihak penganjur acara ratu cantik itu bakal memperkenalkan satu sistem pangkalan data mengumpulkan profil peserta. Ini bagi memudahkan agensi-agensi yang berminat mendapatkan butiran penuh peserta yang mereka inginkan bagi tujuan pekerjaan dan lain-lain. Menurut Pengarah Urusan Miss Tourism International, Tan Sri Danny Ooi, peluang itu juga membolehkan para peserta terus bersinar dalam bidang itu dan arena yang mereka ceburi. “Pangkalan data ini penting dalam memastikan kesemua peserta menerima peluang sama rata selain mampu untuk terus pergi jauh dalam bidang yang benar-benar ingin mereka ceburi,” katanya ketika ditemui Astro AWANI. Danny ditemui dalam majlis sidang media Miss Tourism International yang membuka tirai penganjurannya yang ke-21 dengan penyertaan 50 peserta dari selu...

8 Atlet Malaysia Cantik, Ramai Pengikut Di Instagram

Image
8 Atlet Malaysia Cantik, Ramai Pengikut Di Instagram Sekarang berlangsungnya temasya Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur. Pasti rakyat Malaysia mengharapkan kesemua atlet kebangsaan dapat merangkul Emas. Selalunya bila tiba je musim sukan, pasti atlet wanita negara akan menjadi perhatian. Yelah, kebanyakan peminat sukan adalah lelaki. Kami senaraikan 8 atlet wanita kebangsaan yang paling cantik dan ramai pengikut di Instagram. 1. FARAH ANN Baru saja berusia 23 tahun, atlet gimnastik negara ini bukan sahaja cantik malah seorang yang berbakat besar dan sudah banyak kali mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. 2. JANICE WOON Orangnya kecil molek tapi sangat tangkas dalam sukan badminton. Wanita cantik berusia 27 tahun ini bersama rakan sepasukannya Vivian Hoo Kah Mun, kini berada di tangga ke 13 ranking dunia. 3. NUR IZWANI AZMAN Dengan rupa paras yang cantik dan berambut panjang, pasti ramai tidak menyangka bahawa wanita ini merupakan penjaga gol...