Posts

KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat

Image
 KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat Tip hilangkan jerawat,masalah kulit berminyak .Jerawat atau jerawat adalah luka / keradangan kulit yang berlaku apabila kelenjar sebum (kelenjar minyak) kulit dijangkiti bakteria dan membengkak.Dan mereka sangat menjengkelkan untuk menangani, bukan? Nah, itu tidak akan berlaku lagi. Kami membawa kepada anda senarai ubat semulajadi terbaik yang dapat membantu anda untuk menghilangkan jerawat dalam semalam. Anda juga akan mengetahui beberapa penyebab jerawat, jenis-jenis jerawat dan cara untuk menghilangkannya. Apa yang menyebabkan jerawat? 1. Lapisan Berlebihan Sel Kulit Mati Kulit anda secara semula jadi menghilangkan lapisan sel kulit mati. Namun terdapat sesetengah sel kulit mati tersekat pada sebum, yang menyebabkan penyumbatan pori-pori. Pori-pori yang disekat menjadi jerawat. 2. Keturunan Sekiranya anda mempunyai masalah genetik, jerawat di muka akan kembali semula sepanjang hayat anda. Rasional genetik di belak...

Purging VS Breakout

Image
PURGING VS BREAKOUT Pernahkah anda mencuba produk penjagaan kulit yang baru, kemudian naik jerawat di muka? Ada 2 perkara yang mungkin berlaku. Sama ada kulit anda sedang purging atau breakout. Bagaimana untuk menentukan sama ada kulit anda sedang purging atau memang benar-benar breakout? Dan bilakah waktunya anda patut menghentikan penggunaan produk tersebut? Mari kita fahami situasi sebenar yang kulit anda sedang alami. . PURGING Satu hari, anda diperkenalkan dengan produk baru. Anda pun dengan perasaan sangat teruja, mula menggunakan produk tersebut. Kemudian, tiba-tiba berlaku purging. Purging adalah satu keadaan di mana apabila kulit anda sedang beradaptasi dengan produk baru yang mempunyai BAHAN AKTIF di dalamnya. Bahan aktif ini mempercepatkan proses pembaharuan kulit lalu bertindak ‘menendang’ semua kotoran dan sel kulit mati yang sudah sekian lama bersembunyi di dalam kulit. Lalu, ia muncul sebagai biji-biji jerawat halus. Kulit anda akan kemungkinan akan...

Guna kunyit antara cara cantikkan kulit anda

Image
KUNYIT mempunyai ‘tugas’ lebih daripada peranannya hanya di dapur. Menerusi beberapa kajian, kunyit telah terbukti mempunyai bermacam-macam khasiat perubatan. Kandungan antiseptik yang terdapat pada kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan pada kulit. Tidak hairanlah jika krim-krim pengecut jerawat dihasilkan berasaskan kunyit. Secara tradisionalnya kunyit yang ditepekkan pada kulit wajah mampu mengecutkan jerawat.   Bagaimana hendak cantik dengan kunyit? 1.Anda tidak perlu bimbang terpaksa berbelanja besar untuk mencuba kaedah rawatan kunyit. Ia boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri. Kunyit hidup yang ditumbuk boleh digunakan dengan cara mencampurkannya dengan sedikit  air atau jus limau nipis. Sapukan pada wajah bagi membantu kulit lebih berseri selain mengurangkan masalah tompokan pigmen dan seterusnya meratakan warna kulit. 2. Jus kunyit juga boleh dibuat dengan hanya mengisar kunyit hidup dengan air masak. Tapis dan ...

Lapan tip agar kulit sentiasa lembap

Image
SEBAGAI seorang wanita yang menjaga kecantikan diri, kelembapan kulit wajah harus diberikan perhatian. Kulit wajah yang lembap adalah kunci kepada wajah yang lebih muda. Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah memiliki bahan pelembap yang tinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat. Bagaimana mengekalkan kelembapan kulit? Berikut dikongsikan beberapa tip bagi mendapatkan kulit yang lembap. TOPENG WAJAH Selain pelembap, topeng wajah juga boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Topeng wajah berfungsi untuk menyalurkan nutrisi kepada kulit sekali gus memberi kelembapan secara mendalam. Agar wajah kekal lembap, urut wajah dengan ketulan ais selepas memakai topeng wajah. RAJIN MEMBERSIH KULIT Membersihkan kulit wajah dengan sempurna dan teliti juga amat penting agar kelembapan kulit wajah sentiasa terjaga. Bersihkan wajah dengan pembersih wajah yang sesuai dengan kulit dan bilas dengan air suam agar pori-...

Kaedah menjaga kulit

Image
INI yang biasa anda dengar. Kedutan kulit dikatakan berlaku pada dermis (terletak di bawah epidermis) yang terdiri daripada kolagen. Kolagen yang mencukupi bertanggung-jawap menjadikan kulit elastik dan licin. Pembinaan kolagen berkadar songsang dengan peningkatan usia dan menyebabkan kedutan kulit semakin bertambah. Dari sudut ilmu dermatologi pula, penuaan kulit dikatakan berpunca daripada kekurangan dan ketidaksihatan kolagen, elastin (menjaga keelastikan dan keanjalan kulit) glycosaminoglycan (GAG, menghidrasi kulit). Berdasarkan ilmu tersebut penuaan kulit berpunca daripada pelbagai faktor yang melibatkan proses penuaan intrinsik (dalaman) dan extrinsik (luaran). Merosot Penuaan intrinsik merupakan proses penuaan semula jadi yang berlaku selama bertahun-tahun. Pada usia 20 an setiap orang mengalami kemerosotan daripada segi pembinaan kolagen iaitu kira-kira pada kadar satu peratus setiap tahun. Keadaan tersebut menyebabkan fungsi kelenjar-kelenjar peluh dan minyak semakin berkur...

HOW TO KNOW YOUR SKIN TYPE?

Image
How to know your skin type? 1. Cuci muka macam biasa. Basuh muka dengan your normal cleanser, lepas tu bilas. Nak pakai air biasa pun boleh. Make sure muka tu dah cuci. 2. Tunggu 2 jam. Jangan apply apa apa lepas cuci muka. Lagi elok, jangan lap lepas cuci muka. Biar je kulit tu kering sendiri and biar 2 jam. 3. Check keadaan kulit Lepas dah 2 jam, check balik kulit tu. Kalau rasa kulit berminyak, melekit, berkilat? -  Oily skin Rasa ketat, kering, merekah? -  Dry skin Berminyak dekat kawasan hidung, dahi and dahi je, tapi bahagian pipi rasa biasa/kering -  Combination skin Tak rasa apa apa, rasa biasa je -  Normal skin  (So lucky!) From my fav book: The Little Book of Skincare Tapi for me, kulit muka kita ni ada dua zone. 1. Zone yang banyak hasilkan minyak  - area hidung, dahi, dagu. Yang ni memang sentiasa rasa macam berminyak, tapi ada yang normal, ada yang terlebih lebih (oily skin). Sometimes I feel li...

Ratu cantik pengsan tatkala diumum pemenang

Image
Ratu cantik pengsan tatkala diumum pemenang Terlalu gembira dan terlalu gementar mungkin itulah yang menyebabkan ratu cantik dari Paraguay pengsan sebaik diumumkan sebagai pemenang pertandingan Miss Grand International 2018 baru-baru ini. Dalam majlis pengumuman yang penuh debaran, ratu Paraguay itu, Clara Sosa dikatakan menjawab dirinya terlalu gementar seperti diserang sakit jantung sebelum detik pengumuman kepada pengacara acara itu. “Saya rasa anda kena panggil doktor kerana saya hampir kena sakit jantung sekarang,” katanya. Walhal, para penonton di dalam majlis mahupun mereka yang menontonnya secara talian terkejut sebentar melihat wanita muda itu benar-benar rebah di atas pentas sebelum sempat menerima pelukan dari pesaingnya dari India, Meenakshi Chaudhary yang dinobatkan pemenang tempat kedua. Difahamkan tiada apa-apa yang buruk berlaku, malah Clara bankit semula dalam beberapa minit dan menyambung ‘catwalk’ sebagai Miss Grand International 2018 yang bahar...